Gerakan Negara Islam
Iraq dan Syria (ISIS) dideklarasikan pada tahun 2014 membawa impak dalam
pelbagai aspek kehidupan di seluruh dunia. Indonesia menjadi negara yang tinggi
kes keganasan disebabkan gerakan ISIS dan menjadi sasaran untuk penyebaran
agenda serta propaganda ISIS.
Pemahaman terhadap
gerakan ISIS di Indonesia amat penting untuk mengetahui jaringan dan gerakan
ISIS di Indonesia serta kesan dari penyebarannya. Buku ini melihat gerakan
ISIS, pola, faktor dan impak penyebarannya di Indonesia terhadap keagamaan,
sosial, imej Islam, ideologi bangsa, keamanan dan ekonomi.
Pola pergerakan dan penyebaran ISIS di Indonesia menggunakan empat
pendekatan utama iaitu internet dan sosial media, jaringan dan alumni,
institusi pendidikan serta dakwah dan tabligh. Indonesia menjadi sasaran
penyebaran ISIS dibuktikan dengan penglibatan 2.7 juta penduduk dalam aktiviti
keganasan, kewujudan pelbagai kumpulan keganasan dan sasaran pengumpulan dana
untuk gerakan ISIS.
Harga 250.000
Jumlah 308 halaman
Posting Komentar